moga moga beliau sembuh T_T

Assalamualaikum

happy wesak day !!! HAHA, macam lahh aku sambut kan. gaya excited bukan main =D aku suka cuti !! sangat dan sangat walaupun aku masih sedang bercuti untuk 5 hari lagi. tau kenapa? sebab selain daripada weekend, hanya hari cuti jelahh lunch aku disediakan dengan penuh kasih sayang oleh ibu yang tercinta. HAHA kalau tak lauk kedai je lahh yang aku makan. perghh, bosan kot. sampai tak lalu aku makan, so malam je lahh baru ibu aku masak. sebab tu berat aku naik kot. yelahh siang tak makan, tapi malam makan bertambah tambah =P nak harap kan aku masak??? nanti jadi lahh macam dulu dulu tobat kot -.-''

oke, masuk mood sedih pulak. tolong doakan ustaz a.k.a PK HEM a.k.a mentor aku masa sekolah dulu boleh? beliau sedang kritikal akibat sakit buah pinggang plus jantung. hari nie kalau tak silap aku budak batch aku konvoi pergi ziarah. tapi aku tak dapat nak ikut diorang. so, aku sempat kirim salam dan dapat doakan beliau supaya dapat lepas zon kritikal lahh kan. masa kat sekolah aku ada program mentor tau. so masa form five aku dapat ustaz nie lah sebagai mentor aku. group aku ada dalam 12 orang, kitorang selalu berkumpul dekat bawah pokok sebelah makmal kimia =)

walaupun dia pernah rotan aku since form two lagi kan, sakit doe. beliau libas dekat kaki kot tanpa perasaan simpati walaupun aku perempuan. banyak kali lah gak, sebab lambat pergi baca yassin pagi jumaat. aku bukan sengaja tau. nie semua pasal nasi lemak DM yang sangat sedap dan hanya boleh dapat hari jumaat je. nasib baik naik form 3 ke form 4 dah takde baca yassin pagi jumaat, kalau tak memang tiap minggu aku kena rotan -.-'. kadang kadang kan, bila aku lambat pergi perhimpunan. masa tu lahh ustaz tu bawak rotan, kena beratur depan barisan budak lelaki lahh. kalau aku tak lambat takde lah pulak kan. sebab tu aku lalu shortcut, HAHA so lambat mana pun aku mesti tak kena punya =P. but one day beliau tau lahh pulak. aku kena lagi dekat tengah tengah perhimpunan pulak tu. malu? boleh lahh. hehe

p/s ;  walaupun beliau selalu rotan aku. tapi bila masa perjumpaan mentor, dia banyak bagi semangat dan nasihat. lagi lagi masa nak exam. walaupun beliau tak tunaikan janji beliau dekat aku. takpe, mungkin beliau lupa kot. get well soon ustaz !!!




2 comments:

Nisya said...

Inshaallah , moga2 beliau sembuh dan berada dalam redhonye =)

diyanah dzai said...

amin ;)