jemput ohh jemput....

Assalamualaikum guys ;)

ehemmm, macam biasa lahh kan, bila aku bangun pagi jeee takde orang dahh dalam rumah nie. tinggal lahh aku dengan kucing kesayanganku itu. sob sob sob T_T ehh tapi bukan bermakna aku baru bangun nie tau, aku dah lama bangun dahh siap mandi, breakfast lahh bagai kan

bila aku dah siap mandi, aku akan terus menuju ke dapur untuk mengisi perut ku yang lapar nie, hehe. tapi aku sungguh kecewa bila hanya ada lauk asam pedas untuk lunch jee. bila aku bukak tudung saji ada sambal yang aku rasa musykil 'ehh awat ibu aku nie buat sambal nie? bukan dah ada asam pedas kee? isyhh tak boleh jadi nie' nak call mak aku, malas. so aku paksa lahh otak aku bekerja pagi pagi nieee. tiba tiba, damn ! nie mesti ibu buat jemput jemput nie, pastu si budak kecik tu bawak semua pergi sekolah. isyhh memang dengki betul dengan aku !

lalu, dengan kepakaran aku lahh kan. aku memang tak boleh tengok sambal tu. aku pun call lahh membe aku

aku ; oii makcik ! dah bangun belum? camne nak buat jemput jemput eyhh?
dia ; mestilahh dah bangun. alaa, tepung plus telur pastu kau letak gula sikit
aku ; yeke? kau biar betul gula? ehh tepung gandum ke beras nie? sama je aku tengok. HAHA take note ! aku memang tak reti masak huaaa
dia ; isyhh letak jelahh, banyak songeh pulak. makcik tepung gandum lahh
aku ; oke oke, aku nak buat nie. chow

bila dahh letak tepung dalam mangkuk, aku fikir 10 minit nak letak air ke tak. HAHA. mesti lahh letak kan. bila bukak peti ais, cis ! mana telur nie. haa, mesti dah abes dahh ibu masak laksa semalan. alamak, aku pun buat keputusan tak nak letak telur. then, aku tak letak gula cam membe aku suruh, aku letak garam. err, resipi aku lahh kan. korang nak ikut pun boleh

15 minit lepas tu...............

ehh, pahal keras nie? tak sedap lak tu. nasib lahh buat lima ketul jee, kalau tak jenuh lahh nak abiskan. opss, aku memang tak suka membazir =) itukan amalan setan..... ada jugak nilai murni dalam diri aku nie. HAHA lepas tu aku pun berfikir lahh sambil tengok tv. isyhh susah lahh tak reti masak, nak kena blaja gak nie aisyhh tak boleh jadi nie

tapi kan itu hanya azam separuh jalan jee. bukan ape, dulu aku penah masak sebab mak aku tak sempat masak tuk lunch pagi tu. selalunya ayah aku beli lauk, tapi hari tu takde orang pun yang dapat nolong aku, jadi aku masak lahh yelahh nanti budak kecik tu balik, meraung takde lauk. aku masak sambal telur dengan ayam goreng. simple kan kan =D malangnya takde orang pun makan sedih tak T_T. terbuang cam tu jee sebab aku pun tak lalu makan. tu first and last oke ! HAHA


p/s ; aku tak nak amek gambar jemput jemput tu, nanti ada yang gelak guling guling pulak tengok -.-'

4 comments:

ida zainal said...

ahaha, pernah jugak buat cekodok nie, tak jadi. T___T pastu mak marah2 sebab tak habes. haha

diyanah dzai said...

haha. tu lahh pasal, nasib tadi ibu kerja ;D. dan nasib lahh buat sikit jee. tobat tak nak buat dah -.-'

mohamad fazrullah said...

haha..aku pon taw buat...senang je...hak6!

diyanah dzai said...

yelahh, aku je yg tak tau -.-'