hala tuju aku lepas nie

Assalamualaikum

hye, maybe nie entry yang terakhir sebelum aku pergi matrik. MAYBE lahh, hehe. mana tau tiba tiba esok ke lusa nak post entry baru. sebab tu aku tulis MAYBE =] 

kan aku pernah tulis yang aku dapat matrik dan uitm kan, tak ingat? try klik sini tau tau. okay, aku dah putus kan yang aku nak pergi matrik. bukan tak nak masuk uitm dapat pulak sains aktuari yang all about banking, money and math. yeah, memang aku suka number. tapi jauh, walaupun perak dengan selangor hanya lahh bersebelahan je HAHA.

memang aku admit yang aku homesick, walaupun lima tahun aku duduk hostel. tapi hostel dengan rumah aku dekat kot lagi pun tiap minggu ibu aku datang. kalau bulan puasa lagi lahh, sabtu ahad ibu aku datang bawak lauk nak buka HAHA. majoriti kawan aku macam tu gak. rumah jauh ke dekat, tapi still dalam selangor dan kl gak =)

betul ke matrik tu susah ? ramai yang hasut aku, jangan masuk matrik.
manusia 1 ; baik kau masuk uitm, diploma 3 tahun. kalau kantoi pun boleh extend.
manusia 2 ; aah lahh, nak buat degree pun dah ada tempat.
manusia 3 ; habis lahh kau, kalau kantoi dekat matrik. memang kau lingkup sebab tak dapat tempat   nak sambung
manusia 4 ; kau memang tak boleh nak enjoy doe. matrik setahun je. tengok jelahh kitorang enjoy ;)

damn, tak bagi semangat langsung doe. siapa kata aku tak boleh nak enjoy? boleh je, tapi tak macam korang lahh kan. agak mustahil lahh aku yang sangat suka main main nie nak pegang buku 24/7 kan. sedangkan masa tengah spm pun aku boleh fly, boleh prank orang. HAHA hidup kan sekali je, so kita enjoy ! =P

okay, nie memang last chance aku. kalau kantoi memang aku masak kena rebus dengan family aku, HAHA. jadi, kepada bakal kawan kawan aku dekat matrik nanti. sama ada ex-schoolmates, bffs dan kawan kawan baru. mari lahh kita belajar bersama sama ye ! hehe

p/s ; life dekat matrik lebih kurang je life dekat hostel diorang kata pfftt :( toodles !

14 comments:

HAJAR hasan said...

err... wee~ kte sama! going for matrik. yeay! err.. dpt matrik mne? hajar dpt penang. :)

diyanah dzai said...

congrates =) !! jauhnya penang, dapat selangor je ;)

M Fizan said...

sma lar mslh kita..hehe

amk matrik lar..strive for it..wlaupn x smpt enjoy sgala bagai, tp cpt keje..5 tahun dh kluar :D

Syafiq Rosli said...

hehe..jgn dgr hasutan orang..kita yg membuat pilihan

diyanah dzai said...

@m fizan ; insyaallah =)

diyanah dzai said...

@sr ; hee, betul betul. hidup kita kan =)

Nur Ayuni said...

tahniah.jangan kisah kata orang. dorang tahu apa. so, gudluck okei! :)

diyanah dzai said...

thanks =). yepp, diorang bukan tau pun kemampuan kita kan

EZAD AMIR said...

sy dgr kt matrik byk pontianak merayau2 waktu mlm...ekekeke

diyanah dzai said...

haha, kalau macam tu tak boleh lah nak merayau mlm2. nanti jumpa pulak ;p

durian pink said...

yelah yelahhh.belaja same2 ye..bilek same2 juge.kih3 ;))

diyanah dzai said...

alia, kita jadi budak surau, budak library. hahaha =) insaf dah nie

diba said...

all da best!

diyanah dzai said...

thanks ;)