iftar with my girls

Assalamualaikum

hari keseratus tujuh

hello dah masuk 10 malam terakhir. dalam diam dah nak habis Ramadhan. harap next year dapat sambut bulan mulia nie lagi, insyaAllah :') bulan puasa nie dapat iftar dengan kawan baru sekali -.-' blerghh. weekdays memang busy lah dekat rumah nie. weekend pulak penuh dengan family plans. minggu nie pun aku ada exam, sabtu dengan ahad pulak tu. memang takde masa nak berjimba dengan diorang. rindu :') 

ohh ye, isnin lepas. cuti Nuzul Quran. so plan nak iftar dengan my girls. tapi berempat je sebab yang lain busy. mula mula dekat flaming, tapi tiba tiba teringat Johnny's. yaa Johnny's lagi sedap ! tapi malangnya full house, even baru pukul 4 !! perghh kecewa tak usah nak cakap lah kan. dan tiba tiba Farah teringat Seoul Garden. steambot plus grill plus buffet hihihi. kitorang kan jenis melantak harus lahh cari yang buffet ;p 

tak tau lah nasib kitorang, sebab Seoul Garden pun full house so kitorang masuk waiting list je. then kitorang pergi booking TGI Friday pulak tapi masing masing berdoa ada yang cancel reservation dekat SG tu. nak steambot !! HAHA sementara tunggu maghrib, kitorang main bowling dulu. disebabkan bulan puasa maka semua main macam apa je -.-' asik longkang je. tak puas hati main lagi satu game. haaa second game baru lah semua orang main okay sikit kehkeh. 

 reservation dekat TGI pukul 7.45 so decided nak solat dulu baru makan, baru lah boleh bergossip tak ingat dunia. before tu beli air dekat chatime. dan berkat doa kitorang yang suci nie. SG call and cakap kitorang dapat tempat pukul 7.30 ! berlari semua orang pergi HAHA. alhamdulillah dapat makan steambot hewhew =P 


si comel, yan dengan ekin  :)


aku yang seronok makan sampai tak tengok camera hehe. dengan amoii cantik Farah

seronok gila bersembang, bergossip sampai lahh seorang jejaka nie datang, and said 'we will close our buffet on 9.30pm' mula mula tak faham sebab bangla bila cakap english korang tau lah macam mana kan. kali ketiga suruh dia ulang baru lah dapat tangkap apa dia cakap HAHA. pukul 10 baru blah dari situ, peluk yan sebab mak dia datang amek. lepas nie susah nak jumpa sebab dia nak fly :') 

then hantar Farah balik kolej. buat drama jugak HAHA. yelahh lepas nie aku nak study jauh. semua orang pun dah bawak hala tuju masing masing ecehh :') diorang lah kawan masa susah senang dekat sekolah dulu. sama sama buat kerja jahat. sama sama kena panggil sebab buli junior. kelakar je bila ingat balik :') seriously rindu zaman kanak kanak dulu. rindu nak potong barisan dekat DM. rindu nak usha usha senior dekat surau HAHA. rindu nak main main mata dengan abang DM. rindu nak buli junior. rindu nak mandi sama sama. ahh semuanya rindu lah ! :')

p/s; alamak belum beli kasut raya lah :O HAHA toodles !



2 comments:

Cik Eija Hassan said...

seronoknya keluar iftar dgn kwn2.
p/s : tetiba nak mkn johnys lpas baca entry ni -.-''

diyanah dzai said...

haha, johnnys sedap ! :)