kucing minum guna tangan

Assalamualaikum

hari ke lapan puluh empat


nama kucing nie mocha. sebab bulu dia yang tak berapa nak gelap tapi tak berapa nak cerah jugak. dulu aku pernah tulis pasal kucing aku nama dia boboy. alaa yang suka merajuk tu. tapi dia dah mati last year, sobs sobs. okayy lahh, biar lah dia aman dan damai dekat alam sana HAHA. hmmm si mocha nie, memang minum guna tangan. dia mesti celup dulu, then jilat. dia tak minum straight away dari gayung ke mangkuk dia. aku pun tak faham kenapa. penat aku berfikir -.-'


maaf. dia tak mampu nak baring macam kucing biasa disebabkan perutnya yang sangat besar. dia tak mengandung yaa, tapi dia memang gemuk kehkehkeh. mungkin tuannya yang kuat makan so aku pun nak tengok kucing aku kuat makan jugak HAHA. ohh ya, ada seorang jejaka nie. kawan aku lah kan. dia memang anti kucing, aku pun tak tau asal. bila tanya dia cakap ' asal kau suka binatang tu? macam bebola yang berbulu tapi boleh bergerak gerak. dah lah gemuk, pemalas pulak tu !!' -.-'

p/s ; still dalam dilema nak masuk uni mana. tunggu nak daftar baru cerita dekat sini kehkehkeh. toodles !


1 comment:

cynta ieda said...

http://hunyieda.blogspot.com/2012/07/giveaway-entry-paling-menarik-by-irra.html mari join sini dear..byk hadiah mnarik