harapan ramadhan

Assalamualaikum

hari ke lapan puluh tujuh

#nowplaying harapan ramadhan. 

berulang ulang, tanpa jemu.

aku tak tahu kenapa, setiap kali Ramadhan mesti lagu nie aku dengar sampai lebam. selama sebulan. diselang selikan dengan lagu lagu raya. ohh mp3 dah penuh dengan lagu lagu raya dan zikir. lagu lagha semua dah delete. buat sementara waktu. yelah, manusia yang tak banyak pahala macam aku nie. nie jelah jalan untuk tak menambahkan dosa di bulan yang mulia nie. semalam dekat twitter, aku tengok ramai yang mengimbau kenangan masa berpuasa dekat sekolah. tipu lah kalau aku kata aku tak teringat kan. lagi lagi masa form five.

sebagai senior, kitorang mestilah diutamakan. meja, makanan semua. dan disebabkan meja kitorang dekat depan, kitorang ada schedule sendiri. siapa yang angkat tray dengan buang sampah lepas berbuka. siapa yang tengok kan junior junior tu siapkan makanan sebelum berbuka. kitorang kan tak boleh kalau dapat part ayam yang tak sedap nie. harus wing atau drumstic. nasi harus banyak. yaa kitorang cerewet HAHA. uihh disebabkan pc rumah nie dah lama tak sentuh, aku tak sure gambar gambar masa zaman sekolah wujud lagi ke tak. yang penting aku rindu nak berbuka sambil bergossip dengan alia, ekin, nina, aniza and syafira :')

okay lupakan dulu, tahun nie insyaAllah dapat berpuasa penuh sebulan dekat rumah. since masuk hostel masa form one mana dapat peluang macam nie. nak dengar ibu bising bising kejut sahur, walaupun aku memang tak kan bangun hihi. dari form one sampai lah matriks. aku akan sahur last day puasa je. tak tau lah, aku memang tak boleh nak bangun. aihh kurang pahala -.-' ingat lagi tak niat puasa? aku memang dari dulu biasa niat untuk sebulan. tapi still niat everyday just in case kalau terlupa, dah selamat niat sebulan kan? :)



 

ehem ehem. jangan lupa solat sunat tarawih yaaaa ! peringatan untuk diri sendiri jugak ! sebab aku pun kadang kadang diserang virus malas nak solat tarawih nie -.-' aihh padahal syaitan semua dah kena ikat but im still lazy. hmmm rindu pulak nak solat tarawih dekat sekolah, yelahh jejaka jejaka batch aku yang jadi imam semua suara sedap sedap HAHA. rindu nak tadarus dengan usrah aku. yelah petang takde prep bila Ramadhan. balik sekolah, singgah surau. solat zuhur then kumpul ikut usrah. lepas buka puasa pun, tunggu Isya' :') azam Ramadhan nie nak khatam, insyaAllah. malam nie start baca dari mula.

p/s; ibu dah start suruh google resepi resepi kuih raya. ibu suruh aku buat, dah bertahun rumah nie asik kuih tunjuk je. adoii jadi gadis betul betul dah nie -.-' toodles !

2 comments:

myherO said...

rindu dinie =)

diyanah dzai said...

awwww haha. rindu kau jugak :')