panas, panas, panas, sangat lahh panas !

Assalamualaikum

korang mesti tertanya tanya kan, apa yang panasnya? yelahh sekarang dah tengah hari mesti lah panas kan. apa ntah kejadahnya aku buat entry panas nie? dah memang sekarang tengah panas, nak buat macam mana kan -.-' pelik bin musykil betul lahh.

actually, berbulan bulan yang lalu. dalam bulan dua lah kan, aku ada teman membe aku pergi HKL. ehh, aku tak sakit tau, aku kan sentiasa sihat jee ;) membe aku tu yang ada problem sikit. so, bila dah selesai urusan semua. kitorang pun nak balik lahh kan, sampai je kat stesen monorel KL Sentral ada lahh jejaka yang panggil panggil kitorang. copp, masa tu takde lesen so kitorang naik public transport jee  aku tak pandang lah kan, nanti korang cakap aku gatal pulak. HAHA

sekali membe aku cakap, elehh jejaka celcom rupanya. pakai tshirt warna biru. aku pun malas nak layan, tapi ada jejaka nie comel tau tiba tiba dia muncul depan aku. biasa lah kan, diorang nak bagi simcard percuma tu, aku tak nak sebab aku nie setia dekat maxis. tapi disebabkan dia comel aku pun mengalah lahh, HAHA. opss jangan cop aku gadis gatal yee, tu fitrah semula jadi ;) masa tu membe aku belum cukup 18, so aku jelahh yang amek dan dia suruh aku sign borang. jejaka tu mula lah merepek pasal celcom kan, aku pun layan lahh. cukup 15 minit aku pun chow.

dan beberapa bulan lepas tu, dalam bulan tiga lah kan. aku dapat satu surat nie. aku malas nak tengok sebab mesti kolej kolej swasta yang hantar nie. tapi malam tu aku tergerak hati nak bukak, sebab surat tu takde cop kolej mana mana tau. sekali tu, damn ! cis ! surat tu bikin aku panas jeee ! aku memang mengamuk lepas tu. nak tau surat apa? surat bil celcom doe ! entah bila aku guna, sim tu elok je dalam laci, aku tak bukak pun. aku pun terus call customer service dia. aku tanyalahh kan, dan aku suruh dia terminate kan number tu. huh ! memang angin lahh masa tu.

esoknya, celcom call aku cakap yang number tu dah batal. aku pun oke jelahh, dan dia kata tak payah bayar sebab aku tak tau pun yang number tu guna bil bukan prepaid. aku ingat dah habis lah kan, tapi semalam. aku dapat lagi surat yang sama ! memang lahh kan, bil pun bertambah. monthly charge je dah rm80++ kau bayangkan lah bila dah dua bulan mestilahh dekat rm200 gak. heyyy aku nie gadis lepasan SPM lahh dan menganggur oke ! cis ! tak kan nak mintak dekat parents aku duit. mesti lahh pelik nak buat apa kan.

aku pun terus lahh serang celcom, memang kena lahh dengan aku. kata dah terminated lahh bagai, sekali ada lagi. gadis tau yang cakap dengan aku semalam, bila dia tak boleh handle aku dia pass dekat jejaka. ingat aku tak boleh nak mengamuk kat jejaka? isyhh silap orang lah kan. HAHA. so, dia kata dia akan report dekat HQ celcom, dan bla bla bla. kalau lepas nie ada lagi bil datang, aku terus pergi KL Sentral jumpa jejaka yang bagi aku sim tu ! biar dia pulak yang kena dengan aku !

p/s ; ohh, tobat dahh. tak mau amek apa apa yang free pun -.-''

3 comments:

Aisyah Hamid said...

hot giler!!!!

nabila_alia said...

hotttttttttttttttttt nye dinie.keh3 ;DD

diyanah dzai said...

aisyah ; haha, bengang kot ;)

alia ; siot kau alia ! kau kena padan muka ! haha