semua benda aku gila !

Assalamualaikum !

aisyh, mula mula ingat nak bangun lambat tadi. tapi tiba tiba abangku yang jauh nun di johor tu call dah pagi pagi buta. rindu? ehh, dia call bukan sebab dia rindu dekat adek dia nie. tapi dia suruh carikan pasport dia yang tertinggal dekat rumah. aku pun pergi lah geledah bilik dia, HAHA dah lah bersepah, makin bersepah pulak aku buat. biar lah kan, bukan bilik aku pun =)

hee, sebenarnya bukan nak cerita pasal pasport atau pun abang aku tu. tapi nak cerita pasal novel dengan berangan. ada kaitan ke? betul ke orang yang suka baca novel nie suka berangan? aku rasa betul lah kan, siapa setuju sila angkat tangan macam saya~ HAHA aku kan memang gila dengan usop wilcha nie korang pun tau kan. tak tau? sila lah klik sini

aku cakap betul sebab aku sendiri macam tu lah, aku memang gila baca novel. selain daripada pantang dengar MEGA SALE dekat shopping complex, aku pun pantang dengar SALE dekat karangkraft. HAHA. korang ingat baju, seluar, kasut and etc je ke yang ada sale? heyy, karangkraft pun selalu buat sale tau, last aku pergi bulan dua aritu dekat shah alam. banyak gila aku borong kot, nasib baik abang dan ibu aku sudi jadi bodyguard =D aku memang suka gila membaca ! tapi buku sekolah tak lahh ;p

last novel melayu yang aku baca HARGA SEBUAH CINTA. novel english pulak BEASTLY. ehh, aku pun baca novel english jugak. ibu aku yang suruh biar english aku mantap sikit yelahh dia kan english teacher. err tapi english aku biasa jee pun -.-'  dua dua nie memang best ! korang boleh lah dapatkan dekat kedai buku yang berdekatan hehe



tapi tak semua orang yang suka baca novel tu suka berangan kan, benda nie terpulang lahh dekat diri masing masing. tapi kalau suka pun takde hal lah. bukan pakai duit pun berangan nie, free of charge jee =P cuma kadang kadang dengan berangan nie lah terbitnya cita cita then kita pun bersungguh lah nak capai semua cita cita tu kan. ada jugak advantage berangan nie. korang nilai lah sendiri oke !




p/s ; tak semestinya baca buku ilmiah je boleh mantapkan pemikiran kita kan? apa apa pun, selamat membaca yee ! toodles !




3 comments:

PReDicToR said...

x suka baca novel

kindergartenlibrary said...

wah ..bahaya .hehe

diyanah dzai said...

predictor ; hehe tak suka nak buat camne kan ;)

nelly ; bahaya kalau berangan bukan bukan ! haha