#1 usaha tangga kejayaan

Assalamualaikum

hari kedua puluh enam

hari nie aku lepak rumah je, so lepas je brunch aku terpandang orange dalam bakul dekat dapur. terus teringin nak minum fresh orange ! sebelum tu sila take note bahawa aku memang tak pandai memasak mahu pun membuat air. aku amek lah oranges tu, then kopek lah kulit dia guna pisau. dalam 6 biji jugak lah. lepas tu dengan berlagaknya terus masukkan dalam blender tambah gula dengan air sikit aku terus lah nak blend benda alah tu. suis dah on, aku pelik asal tak boleh nak blend. dah rosak kot blender buah nie sumpah kecewa wehh. aku pun on lah tv tengok star king. then kakak aku turun pergi dapur aku tanya lah kakngah, blender buah tu rosak eyh? sekali dia kata mana ada lah, kau kena pusingkan dulu kira lock lah blender tu. tak pernah guna ke tak reti guna? 

pastu dia gelak jahat. cisss ! malu dah aku, nampak sangat aku tak reti guna HAHA =P lepas dah blend tu, aku tengok macam apa je so aku pun buang lah. then petang tadi setelah kecewa plus aku tanya ibu asal aku buat tak jadi. aku pun buat yang baru yelah usaha tangga kejayaan kan HAHA. ehh ibu kata kena tapis lepas blend HAHA aku lupa gila pasal kena tapis tu patut lah pelik je. so before dinner tadi aku pun try buat baru. bukan fresh orange biasa tau ! aku buat fresh orange smoothie ! wohaaa hehe. resepi sendiri nie wehh. jangan main main =P 

ingredients :

- fresh oranges, peeled
- ice
- milk
- sugar or honey


4 fresh oranges, peeled


HL low fat milk, err im on diet HAHA


setelah ditapis, HAHA. it looks yummy kan kan? 

okay bagi manusia dekat luar sana yang sedang diet boleh lah minum fresh orange smoothie nie every morning. sesuai untuk penghadaman jugak lah. kalau lah korang susah nak buang air besar ke sembelit minum lah air buah selain daripada makan buah and sayur semua tu. tapi seriously rasa dia lemak lemak sikit. aku guna honey instead of sugar, so sedap lah. seriously sedap weh jangan tak percaya pulak. tau lah aku tak reti memasak HAHA. but yang nie aku hebat sikit ;P

p/s ; kena slowly belajar memasak nie, HAHA. toodles !


No comments: