#2 hasil air tangan aku :P

Assalamualaikum

hari ketiga puluh tiga

gua terjaga pagi ini sebab kakak gua call ingatkan supaya amek adik gua daripada sekolah pukul 12 tengah hari, yelah budak nak UPSR kan, cuti sekolah pun macam tak cuti je. so lepas tu gua sambung tidur balik sebab rumah kosong, jadi gua dapat tidur dengan aman HAHA. ibu ada mesyuarat dekat sekolah, ayah dengan kakak gua pergi err you-know-where hehe gua pun tak tau. pergi tengok projek apa ntah dekat subang kot. rasanya lah. jadi lepas amek adik gua, dia mengadu bahawasanya perut dia telah mengeluarkan pelbagai bunyi. jadi sebagai kakak yang baik gua pun tengok freezer.

nie lah yang gua tak suka, semalam ibu janji nak balik tengah hari. jadi takde lah kitorang kelaparan, tapi oleh kerana gua ada nilai yang murni gua pun goreng lah drumet dengan popcorn bites daripada ayamas. itu je yang gua nampak dalam freezer yang mudah nak disediakan dan for sure Amni akan makan HAHA. dia tu kalau orang masak tak sedap mana nak makan, memilih -.- jadi untuk jalan yang terbaik dan tidak membazir gua goreng lah benda alah nie hewwww =P

sambil menggoreng, gua pergi check result kejap. yaa, result matriks sudah pun keluar dari malam semalam. semalam gua dah check tapi dapat tengok sikit before page is broken. jadi tadi gua double check. alhamdulillah. yaa tidak 4flat. gua ulangi tidak lah 4flat but hampir ke arah itu. setelah ditolak, dicampur dan dibahagi dengan result semester 1. gua dapat 3.7 and above. tak perlu kot gua mention di sini, malu beb. tengok fb pehhh gila ramai manusia yang dapat 4flat. tapi gua bersyukur jugak sebab gua demam masa finals hari tu. ehhh popcorn gua dah hangus ! HAHA


jadi nie lah hasil air tangan gua, looks yummy? errr ye macam terhangus sikit tapi Amni makan dengan lahapnya sebab dia lapar kot. cukup lah untuk 2 orang nie, kejap lagi ibu balik masak asam pedas waaaa lauk kesukaan gua eheee =P lunch macam nie sesuai ya untuk manusia yang sedang diet macam gua HAHA gua gurau je. ada yang cakap eeeii lu tak malu ke cakap yang lu tak reti masak dekat blog? semua orang boleh baca tau ! ehhh suka hati gua lah. gua tak malu nak mengaku gua memang tak pandai masak. tapi gua boleh belajar, gelabah -.-

p/s ; gua dah update UPU, UTM dah tak jadi first choice sebab ibu kata jauh HAHA. apakah? toodles !

No comments: