result UPS

Assalamualaikum

aku rasa minggu nie semua matriks keluarkan result UPS kott dan aku punya dah keluar tadi. dia tampal bhai dekat softboard andromeda *bangunan peperiksaan malu aku, HAHA. tadi masa break pukul 10 kawan aku ajak tengok result, aku pun tak mau lahh baik aku pergi makan dulu hehe then lepas makan tu banyak lagi masa. diorang paksa aku doe. tapi aku kata banyak kerja. tapi memang betul pun aku banya kerja.

lepas tu aku tiba tiba teringin nak tau result aku, so dari kafe ke andromeda tu punya lahhh dupdapdupdap jantung aku. HAHA over tak, pada hal aku gelak gelak je dengan kawan aku. sampai je sana ramai gila kot, ada yang happy, ada yang sedih je aku tengok. sampai je kat situ aku dah nampak number matrik aku, dah lah kelas aku first memang sah sah lahh ramai yang tau result aku.

nak tau result aku berapa? cer teka cer teka, HAHA. Alhamdulillah lahh, aku dapat 3A 1B tapi still rasa kecewa jugak sebab kelas aku ramai yang 4A. tapi, dah tu je yang aku mampu kannn ;) so aku terima dengan redhanya hehe. kepada kanak kanak matriks yang lain, yang result dia biasa biasa je macam aku. tak payah nak down sangat lahh kan, baru mid term punya result. jummm sama sama dapat 4A for final nanti ! chaiyok chaiyok =p !

p/s ; final tinggal sebulan lebih je lagi -.-''




3 comments:

atiqsalleh said...

tahniah dinie

diyanah dzai said...

thankss kak atiq =)

Adilla Ariffin said...

tahniah. .result kt kmpp esok bru kluar...
congrate!!!