masuk meminang ?

Assalamualaikum dan selamat malam =D

at last, weekend dah nak habis dahh. esok dah isnin. MONDAY BLUES lahh. korang ingat bebudak sekolah je yang suka weekend? aku sebagai gadis yang hanya duduk di rumah pun suka weekend tau. sebab rumah penuh, kalau weekdays rumah kosong jee. bosan tau tak, aisyyhh. esok nak buat apa yee? ada cadangan? tengok tv? tengok movie? tidur? jalan jalan cari makan? HAHA sumpah bosan doe duduk rumah je. tiap hari aku buat benda yang sama je tau. 

tapi bila duduk rumah nie lah, macam macam benda aku buat tau. ingat aku tak reti buat kerja rumah ke? aku  kan si gadis yang serba boleh ! err kecuali memasak lahh, tu memang aku surrender habis =) HAHA. duduk rumah nie aku jadi rajin tau. sebab semuanya aku kena buat. haihh -.-'  sebab tu aku suka weekend. kakak aku mesti balik every weekend, so dia lah yang buat semua kerja. dan aku akan buat bodoh je. HAHA



nie lahh rutin aku tiap malam sebelum tidur. aku kena iron baju sebab budak kecik nak pergi sekolah =) tapi kadang kadang aku buat buat lupa nak iron, so ibu aku lah yang iron pagi pagi. HIHI tapi kadang kadang je tau ! aku anak yang baik =D setiap hari aku jadi driver budak kecik tu, amek dia pergi sekolah. hantar dia pergi sekolah, hantar pergi mengaji lahh. hantar dia pergi kumon, taekwando lahh bagai. nasib baik aku ada elaun tiap bulan hehe. berbalaoi lah jugak kan. aku jarang nak buat kerja free nie.

memang nilai murni aku nie makin bertambah doe. aku memang jadi rajin ! so, kadang kadang aku rasa aku dah layak nak menjejak kan kaki ke gerbang perkahwinan nie. HAHA umur baru lahh lapan belas  tapi bagi makcik makcik yang anak jejaka dia tengah solo dan terlebih duit nak derma dekat saya, boleh lah datang meminang hehe ;p kalau lah ibu ayah aku baca nie, gerenti dia kawinkan je aku nie, HAHA nie kan hanya gurauan malam semata mata 


apa, ingat kawin nie macam main anak patung ke?  siapa lah nak dengan aku nie? dah lah tak reti memasak, hehe. ehh memasak tu penting ke? macam tak je kan, makan telur dengan kicap pun boleh lahh ye my-husband-to-be HIHI. 

p/s ; bila lahh nak keluar UPU dengan MATRIK nie. penat aku duduk rumah nie. ehh, membe membe yang pergi interview cikgu esok good luck yee =). toodles !